Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jung Yoo Min bakal berkahwin pada Ogos

    Pelakon Korea Selatan, Jung Yoo Min mengejutkan peminat apabila dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Ogos ini.

    Yoo Min, 33, bagaimanapun lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya dan hanya memaklumkan calon suaminya itu bukan dalam kalangan selebriti.

    Pelakon yang popular menerusi drama Perfect Marriage Revenge itu mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun menyulam cinta dengan lelaki berkenaan.

    Syarikat pengurusan Yoo Min iaitu Big Feature E&T pula dalam satu kenyataan meminta peminat mendoakan urusan dan perancangan aktres berkenaan berkahwin berjalan lancar.

    “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan gembira atas berita perkahwinan Jung Yoo Min. Diharap anda semua dapat mendoakan kebahagiaan Yoo Min dan pasangan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri,” kata wakil syarikat berkenaan.

    Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut. – Agensi

    Jung Yoo Min bakal berkahwin Ogos ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda