Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jungkook antara lelaki paling kacak

    Pada bulan Mac, Penyanyi dan penari itu berada di kedudukan kedua dalam 100 Lelaki yang Paling Kacak di Asia 2018’ oleh TC Candler Asia, dikalahkan oleh Wu Jing, pelatih seni bela diri, pelakon dan pengarah.

    Senarai kedudukan 100 Muka Paling Kacak 2018 disenaraikan oleh TC Candler yang mengiktiraf beberapa artis lelaki yang paling kacak di dunia. Pemilihan bukan hanya berdasarkan kepada penampilan, tetapi mengenai latar belakang budaya, gaya hidup dan pandangan umum, aspek-aspek yang membuatkan senarai ini berprestij.

    Jungkook dan ahli-ahli BTS yang lain telah ditahbiskan dengan kelas kelima Hwagwan daripada Perintah Kebudayaan Merit oleh presiden Korea Selatan menjadi penerima termuda pingat merit kebudayaan.

    Jungkook juga telah dimasukkan ke dalam senarai 2018 Lelaki Paling Kacak di Dunia oleh keluaran media Amerika, Gazette Review, satu-satunya lelaki Korea yang tersenarai bersama artis-artis seperti Chris Evans, George Clooney, Jhonny Depp, Chris Hemsworth dan ramai lagi. Oleh sebab itu, Jungkook tersenarai untuk memenangi 100 Muka Paling Kacak pada 2019. – Agensi

    Jungkook merupakan satu-satunya lelaki Korea yang tersenarai dalam Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 oleh majalah Amerika, Gazette Review. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda