Gerak geri dan keberadaan penyanyi Jungkook sentiasa menjadi perhatian apatah lagi peminat sukar mendekatinya susulan dikawal ketat pihak pengurusan apabila keluar di khalayak ramai.
Bagaimanapun, anggota kumpulan BTS itu meluahkan rasa kecewa apabila fotonya bersama rakan selebriti, Min Gyu dan Cha Eun Woo tiba-tiba tular di media sosial.
Ketiga-tiga sahabat itu dilaporkan bertemu di sebuah restoran di Busan.
Jungkook berkata, dia kecewa apabila privasinya di ceroboh dan peminat tidak menghormati masa peribadinya.
“Saya bercadang untuk pergi (bertemu rakan-rakan) secara rahsia tapi sekali lagi, ia dimuat naik dalam talian,” luahnya.
Jungkook berkongsi kekecewaan itu ketika muncul dalam video siaran langsung di media sosial miliknya baru-baru ini.
Sebelum ini Jungkook pernah memberi amaran kepada peminat agar tidak mengganggunya sekiranya terserempak di luar. – Agensi