Jungkook dan Lee Yoo Bi bercinta?

Spekulasi hubungan cinta antara Jungkook dengan Lee Yoo Bi yang bertiup kencang membuatkan kedua-dua agensi bintang Korea Selatan tersebut mengeluarkan kenyataan.

Seperti dijangka, Big Hit Music yang menaungi BTS menafikan gosip percintaan salah seorang anggota grup fenomena itu dengan aktres tersebut.

“Itu tidak benar,” kata perwakilan Big Hit seperti dilaporkan Asia Today.

Agensi tersebut juga mengatakan gosip yang tersebar sebagai palsu dan berniat jahat, sekali gus membuatkan pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penyebarnya.

Sementara itu, Y-Bloom Entertainment juga menegaskan artis naungannya tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Jungkook.

Mereka malah mengatakan Yoo Bi tidak pernah bertemu dengan Jungkook.

“Khabar percintaan di antara Yoo Bi dan Jungkook adalah sebuah berita palsu. – Agensi

Spekulasi hubungan cinta antara Jungkook dengan Lee Yoo Bi yang bertiup kencang membuatkan kedua-dua agensi bintang Korea Selatan tersebut mengeluarkan kenyataan. – Agensi