Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Junta bebas dua pegawai suruhanjaya pilihan raya

    YANGON, 9 NOV – Junta Myanmar hari ini berkata mereka telah membebaskan dua pegawai tinggi suruhanjaya pilihan raya yang dipenjarakan kerana penipuan semasa undian 2020 yang dimenangi oleh parti pimpinan Aung San Suu Kyi.

    Pengerusi suruhanjaya pilihan raya, Hla Thein dan jurucakap, Myint Naing yang ditahan sejurus tentera merampas kuasa tahun lalu, mendakwa penipuan besar-besaran dalam undian yang menurut pemerhati antarabangsa ia diadakan secara bebas dan adil.

    Mereka kemudian dipenjarakan selama tiga tahun dalam perbicaraan tertutup kerana ‘gagal memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai penipuan undian’. Hukuman bagi keduanya, yang masing-masing berusia 70an, telah digugurkan bulan lalu disebabkan oleh usia dan keadaan kesihatan serta sebagai ‘kebajikan negara’, menurut kenyataan yang dikeluarkan junta. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...