Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta bebaskan bekas PM Mali

    DAKAR, 8 OKT – Junta tentera Mali membebaskan bekas perdana menteri dan presiden Majlis Nasional negara itu yang ditahan selepas rampasan kuasa pada 18 Ogos lalu, lapor agensi Anadolu.

    Dalam satu kenyataan bertulis, Majlis Nasional untuk Keselamatan Rakyat (CNSP), kumpulan tentera yang melakukan rampasan kuasa, berkata seramai 12 orang termasuk orang awam dan pegawai tentera sudah dibebaskan.

    Mereka termasuk bekas Perdana Menteri Boubou Cisse, Presiden Majlis Nasional Moussa Timbine dan Menteri Pertahanan Ibrahima Dahirou Dembele.

    Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) menarik balik sekatan yang dikenakan sejak 18 Ogos ke atas Mali sehari selepas kerajaan peralihan dibentuk pada 5 Oktober. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda