Friday, January 31, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta lanjut tempoh darurat

    YANGON, 31 JAN – Junta Myanmar melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan hari ini, empat tahun selepas ia merampas kuasa yang mencetuskan perang saudara sehingga meragut ribuan jiwa.

    Tentera bergelut untuk mengekang tentera penentang, mengalami beberapa kekalahan teruk sepanjang tahun lalu kepada pakatan kumpulan bersenjata etnik minoriti di bahagian utara dan barat negara itu.

    Majlis tentera pemerintah yang diketuai oleh ketua tentera, Aung Hlaing sebulat suara meluluskan pelanjutan tersebut, menurut kenyataan pasukan informasi junta.

    “Semua ahli Pertahanan Kebangsaan dan Majlis Keselamatan termasuk ketua turus serta pemangku presiden memutuskan dengan sebulat suara untuk pelanjutan darurat selama enam bulan lagi mengikut seksyen 425 dalam perlembagaan 2008,” menurut kenyataan.

    Pilihan raya tidak dapat diadakan semasa tempoh darurat, oleh itu undian yang dijanjikan junta yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini tidak akan diadakan sehingga secepatnya pada suku kedua tahun ini.

    Min Aung Hlaing memberitahu majlis pemerintah bahawa ‘keamanan dan kestabilan masih diperlukan’ sebelum darurat dimansuhkan dan pilihan raya diadakan.- AFP

    Gambar yang diterbitkan oleh kumpulan bersenjata etnik minoriti Tentera Arakan (AA) bertarikh 9 Januari 2025 menunjukkan kawasan perkampungan yang musnah disyaki akibat serangan tentara udara Myanmar. Junta Myanmar telah melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan.- AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda