NIAMEY, 6 OGOS – Penguasaan tentera baharu Junta Niger telah meminta bantuan daripada kumpulan tentera upahan Rusia, Wagner ketika tarikh akhir semakin hampir untuk membebaskan presiden negara yang digulingkan atau berhadapan dengan kemungkinan campur tangan tentera oleh blok serantau Afrika Barat, menurut seorang penganalisis.
Permintaan itu keluar semasa lawatan oleh seorang ketua rampasan kuasa, Jeneral Salifou Mody, ke negara jiran Mali, di mana dia menghubungi anggota dari Wagner, Wassim Nasr, seorang wartawan dan felo penyelidik kanan di Pusat Soufan, beritahu The Associated Press.
Beliau berkata tiga sumber Mali dan seorang diplomat Perancis mengesahkan pertemuan yang pertama kali dilaporkan oleh France 24.
“Mereka memerlukan Wagner kerana kumpulan itu akan menjadi jaminan mereka untuk kekal berkuasa,” katanya, sambil menambah kumpulan itu sedang mempertimbangkan permintaan tersebut. Seorang pegawai tentera Barat, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengulas, memberitahu AP mereka juga telah mendengar laporan bahawa junta meminta bantuan daripada Wagner di Mali.
Junta Niger berdepan tarikh akhir hari ini, yang ditetapkan oleh blok serantau, dikenali sebagai ECOWAS, untuk membebaskan dan mengembalikan semula Presiden yang dipilih secara demokratik, Mohamed Bazoum, yang menganggap dirinya sebagai tebusan.
Ketua pertahanan dari negara-negara anggota ECOWAS memuktamadkan rancangan campur tangan baru-baru ini dan menggesa tentera menyediakan sumber selepas pihak pengantara yang dihantar ke Niger pada Khamis tidak dibenarkan memasuki ibu negara atau bertemu dengan ketua junta, Jeneral Abdourahmane Tchiani. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P12-B_07082023.jpg)