Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Junta mungkin lanjut darurat, tangguh p’raya

    YANGON, 31 JAN – Junta Myanmar hari ini berkata negara itu “belum kembali kepada normal” hampir dua tahun selepas rampasan kuasa, menimbulkan keraguan mengenai rancangan untuk pilihan raya dan menamatkan keadaan darurat.

    Negara Asia Tenggara itu telah bergolak sejak tentera menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi, dengan mendakwa penipuan besar-besaran semasa pilihan raya yang dimenangi partinya pada 2020.

    Darurat yang dikenakan junta dijadualkan tamat pada penghujung Januari, selepas itu perlembagaan menyatakan pihak berkuasa mesti memulakan pelan-pelan untuk mengada-
    kan pilihan raya baharu.

    Tentera berkenaan secara meluas dijangka mengumumkan esok bahawa ia akan bersedia untuk pilihan raya.

    Namun Majlis Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan yang dibentuk junta bertemu hari ini untuk membincangkan keadaan negara dan membuat kesimpulan bahawa ia “belum kembali normal”, kata pasukan maklumat tentera dalam satu kenyataan.

    Gambar fail yang diambil pada 16 Mac 2021 menunjukkan pembantah berjalan di tengah-tengah asap dekat perintang sementara semasa tindakan keras oleh pasukan keselamatan terhadap demonstrasi-demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon. – AFP

    Penentang junta, termasuk anti-rampasan kuasa, Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) dan kerajaan bayangan yang dikuasai oleh penggubal undang-undang dari parti Suu Kyi, telah cuba merampas “kuasa kerajaan melalui pergolakan dan keganasan,” tambah kenyataan itu.

    Mereka “yang mahukan kemusnahan negara ini sedang meneruskan aktiviti mereka”, katanya.

    “Pengumuman yang diperlukan akan dikeluarkan” esok, tambah kenyataan itu, tanpa memberikan butiran.

    Ketua Junta Min Aung Hlaing sebelum ini telah menyatakan bahawa pilihan raya hanya boleh diadakan apabila negara itu “aman dan stabil”.

    Di bawah perlembagaan 2008 yang ditulis oleh tentera, presiden dengan penyelarasan bersama Majlis Pertahanan dan Keselamatan boleh melanjutkan keadaan darurat selama enam bulan atas permintaan daripada ketua tentera. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...