Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta Myanmar batalkan lesen penerbitan kerana buku mengenai Rohingya

    YANGON, 31 MEI – Junta Myanmar telah membatalkan lesen sebuah syarikat penerbitan kerana menjual buku asing yang popular mengenai tindakan kejam tentera terhadap minoriti Rohingya, menurut berita kerajaan hari ini.

    Lesen syarikat penerbitan Lwin Oo dibatalkan selepas didapati menjual buku Myanmar’s Rohingya Genocide, oleh ahli akademik Australia berketurunan Irish, Ronan Lee, secara dalam talian, menurut satu notis dalam akhbar Myanma Alinn yang disokong kerajaan.

    Menurut laman sesawang penulis itu, buku berkenaan meneroka sejarah dan identiti Rohingya serta mendokumentasikan peminggiran bersejarah dan penganiayaan terhadap komuniti itu. Ia bergantung pada testimoni meluas Rohingya dan penyelidikan sejarah serta dipuji oleh pengulas-pengulas asing terhadap Myanmar dan Rohingya.

    Menjual buku berkenaan “mencabuli undang-undang penerbitan dan pencetakan,” menurut kenyataan Myanma Alinn, yang melarang ekspresi yang boleh menyebabkan “keganasan perkauman dan kebudayaan antara kumpulan-kumpulan etnik”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda