Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta Myanmar dakwa bekas gabenor bank pusat atas tuduhan rasuah

    YANGON, 11 MEI – Junta Myanmar telah mendakwa seorang bekas gabenor bank pusat atas tuduhan rasuah, individu rapat dengan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, media kerajaan melaporkan hari ini.

    Bo Bo Nge yang mendapat latihan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain, dilantik pada 2017 ketika liberalisasi melanda negara itu selepas junta yang sebelum ini melonggarkan cengkaman kuasanya.

    Dia ditahan selepas rampasan kuasa tahun lalu ketika pihak tentera menangkap anggota berpangkat tinggi daripada kerajaan Suu Kyi, termasuk pegawai dan penasihat.

    Tuduhan rasuah itu dibuka selepas terdapat beberapa aduan terhadap Bo Bo Nge yang diperiksa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, menurut laporan Global New Light of Myanmar.

    “Ia termasuk kegagalan mengutip cukai yang perlu dibayar atas pengeluaran kira-kira AS$1.4 juta (RM6.12 juta) daripada akaun yang dipegang oleh pegawai daripada Yayasan Open Society dan tindakan lain yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan,” katanya.

    Sekiranya sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, walaupun laporan itu tidak memaklumkan bila prosi-ding mahkamah akan bermula. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda