Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta Myanmar laksana banci negara

    YANGON, 2 OKT – Pasukan banci yang dikawal polis dan tentera telah turun padang di Myanmar hari ini untuk melakukan tinjauan yang digesa dipulaukan oleh kumpulan antijunta.

    Pemerintah junta meneruskan banci walaupun telah kehilangan kuasa di kawasan besar negara itu kepada kumpulan bersenjata yang menentang pemerintahannya.

    Meskipun konflik berdarah berlaku di kebanyakan wilayah di Myanmar, tetapi junta berkata tinjauan itu diperlukan untuk mengemas kini senarai pengundi menjelang pilihan raya yang dijanjikan pada 2025.

    Pasukan banci yang diiringi askar dan polis bersenjata melaksanakan tinjauan dari rumah ke rumah di Yangon untuk mengisi 68 soalan.

    “Guru sekolah, pihak berkuasa tempatan, polis dan anggota tentera tempatan sedang membuat tinjauan banci. Pasukan tentera yang menghadiri latihan asas ketenteraan membantu untuk mengawal keselamatan di kawasan mereka,” kata seorang pegawai tentera kepada AFP.

    “Kami telah mengetatkan keselamatan semasa menjalankan banci kerana ancaman pengganas,” tambahnya. – AFP

    Pasukan banci bertanyakan soalan kepada ahli keluarga sambil mengumpul maklumat untuk menyusun senarai pengundi bagi pilihan raya umum dan menganalisis trend penduduk serta sosioekonomi, di Naypyitaw, Myanmar pada 1 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda