Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Junta Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi

YANGON, 1 FEB – Junta Myanmar dibenarkan melanjutkan darurat selama enam bulan, lapor media kerajaan hari ini, berkemungkinan menangguhkan pilihan raya yang tentera janjikan diadakan menjelang Ogos.

Negara itu bergolak sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, dan tindakan keras seterusnya terhadap penentang-penentang telah mencetuskan pertempuran di seluruh negara sambil menjejaskan ekonomi.

Pada ulang tahun kedua pemberontakan kilat itu, media kerajaan melaporkan bahawa Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara telah bersetuju dengan permintaan ketua junta, Min Aung Hlaing untuk memanjangkan darurat yang diisytiharkan apabila
jeneral-jeneral menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi.

“Keadaan darurat akan dilanjutkan selama enam bulan lagi mulai 1 Februari,” Pemangku Presiden, Myint Swe dipetik sebagai berkata.

“Kuasa kedaulatan negara sekali lagi telah dipindahkan kepada ketua komander.”

Pengumuman itu dibuat ketika jalan-jalan dikosongkan dan kedai-kedai ditutup di seluruh Myanmar sebagai protes pada ulang tahun itu dan kuasa Barat melancarkan sekatan baharu terhadap jeneral-jeneral berkenaan.

Jalan-jalan di hab komersial Yangon sebahagian besarnya lengang sejak lewat pagi, kata wartawan AFP, selepas aktivis menyeru orang ramai di seluruh negara menutup perniagaan dan kekal di dalam rumah.

Keadaan ini berbeza di Bangkok, Thailand di mana ratusan penunjuk perasaan yang bising mengadakan perhimpunan Penunjuk-penunjuk perasaan dengan bandana merah diikat di kepala melambaikan sepanduk-sepanduk di luar kedutaan Myanmar ketika mereka menandakan dua tahun sejak tentera menggulingkan kerajaan Suu Kyi.

Polis-polis Thailand berdiri memerhatikan kira-kira 400 penunjuk perasaan, hanya campur tangan untuk menghalang mereka daripada lalu lintas. – AFP

Para pembantah memegang potret pemimpin awam yang ditahan, Aung San Suu Kyi semasa tunjuk perasaan di luar Kedutaan Myanmar di Bangkok, Thailand, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -