Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta Myanmar umum gencatan senjata baharu

    YANGON, 6 MEI – Junta Myanmar hari ini mengisytiharkan gencatan senjata baharu susulan gempa bumi, beberapa hari selepas tamatnya gencatan kemanusiaan terdahulu yang didakwa dilanggar dengan serangan udara berterusan.

    Gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda berhampiran bandar Mandalay pada 28 Mac lalu mengorbankan hampir 3,800 orang dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal menjelang musim monsun.

    Pemerhati melaporkan serangan udara oleh junta telah melanggar gencatan senjata pertama pada April, dengan Pusat Ketahanan Maklumat berpangkalan di Britain merekodkan 65 serangan, kebanyakannya di kawasan terjejas gempa.

    Kenyataan pasukan maklumat junta hari ini menyebut bahawa gencatan senjata baharu bagi meneruskan proses pembinaan semula dan pemulihan akan berlangsung sehingga hujung Mei.

    Tentera – yang merampas kuasa dalam kudeta pada 2021 – turut memberi amaran kepada kumpulan bersenjata etnik dan penentang anti-kudeta bahawa mereka akan membalas sebarang serangan.

    “Kami perlu melindungi bandar dan nyawa orang awam daripada serangan udara,” kata seorang pegawai tentera di negeri Karen timur kepada AFP.

    “Kami kesal kerana penduduk terpaksa melarikan diri dari bandar dan kampung akibat pertempuran,” tambahnya. “Penduduk tahu pihak mana yang mengancam nyawa mereka.” – AFP

    Anggota Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) menerima kelengkapan ketenteraan semasa majlis tamat latihan pada 9 November 2024 selepas menjalani latihan tempur khas selama tiga bulan di sebuah kawasan hutan rahsia berhampiran Namhkam, di Negeri Shan utara Myanmar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda