Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Junta Niger lantik perdana menteri sementara

    KIGALI, 8 OGOS – Junta Niger, kelmarin melantik perdana menteri sementara menerusi dekri yang dibacakan di siaran televisyen nasional selepas rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum, lapor agensi Anadolu.

    Kerajaan sementara, digelar Majlis Kebangsaan untuk melindungi negara telah melantik Ali Mahamane Lamine Zeine sebagai perdana menteri sementara, menurut dekri Jeneral Abdourahmane Tchiani.

    Tchiani, iaitu bekas komander pengawal presiden Niger, mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kerajaan peralihan.

    Zeine, 58, pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di bawah Mamadou Tandja, yang memimpin negara itu dari 1999 hingga 2010 selepas pemulihan pemerintahan sivil.

    Pada masa ini, Zeine berkhidmat sebagai Pengurus Negara Bank Pembangunan Afrika untuk Chad. Zeine, dijangka mengetuai perudingan bagi pembentukan kerajaan baharu.

    Blok serantau Afrika Barat, iaitu Masyarakat Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) akan mengadakan satu lagi sidang kemuncak tergempar pada Khamis di Nigeria untuk menangani krisis politik di Niger selepas pemimpin tentera tidak mengendahkan kata dua untuk menyerahkan kuasa.

    Pada Isnin, Jabatan Negara AS memaklumkan ia menghubungi junta secara langsung dan telah menekankan keperluan untuk membebaskan Bazoum dan agar Niger kembali kepada tadbir urus perlembagaannya.

    Bazoum telah ditahan pada 26 Julai, dan pada petang yang sama Majlis Kebangsaan untuk Melindungi Negara mengumumkan pengambilalihan kerajaan. – Bernama

    Gambar AP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Newcastle hampakan City

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    Berita Berkaitan

    Kempen pilihan raya kendalian junta Myanmar bermula

    YANGON, 28 OKT – Parti-parti telah diberikan kebenaran untuk...

    Ketua tentera tolak gesaan gulingkan Marcos

    MANILA, 3 OKT – Ketua tentera Filipina hari ini...

    Pilihan raya ditiadakan di beberapa kawasan parlimen

    YANGON, 15 SEPT – Junta Myanmar hari ini mengakui...

    Lelong batu meteorit Marikh terbesar di dunia cetus perdebatan pemilikan

    WASHINGTON, 13 OGOS - Lelongan meteorit Marikh dengan harga...

    Terkini

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...