Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Junta penjara wartawan 20 tahun

    BANGKOK, THAILAND, 6 SEPT – Seorang wartawan Myanmar yang ditahan pada Mei ketika membuat liputan ekoran taufan maut telah dipenjarakan oleh pihak berkuasa junta selama 20 tahun, kata majikannya hari ini.

    Wartawan foto Sai Zaw Thaike dipenjarakan selama 20 tahun, menurut majikannya Myanmar Now.

    Dia telah didakwa atas empat pertuduhan, termasuk melanggar undang-undang bencana alam dan undang-undang telekomunikasi, kata Myanmar Now.

    Ia berkata tidak jelas mengenai pertuduhan yang telah disabitkan ke atasnya.

    Ketua Pengarang Myanmar Now, Swe Win berkata, semua rakan sekerja Sai Zaw Thaike berasa sedih dengan hukuman yang panjang itu.

    “Hukumannya menjadi satu lagi petunjuk kebebasan akhbar telah disekat sepenuhnya di bawah pemerintahan junta tentera dan menunjukkan harga tinggi wartawan bebas di Myanmar perlu bayar untuk kerja profesional mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sai Zaw Thaike ditahan pada 23 Mei ketika membuat liputan selepas Taufan Mocha, yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar dan negara jiran Bangladesh, mengorbankan lebih 100 orang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...