Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

‘Junta perlu hormati keahlian Myanmar dalam ASEAN’

-

KUALA LUMPUR, 25 JAN – Junta Myanmar mesti menghormati keahlian negara itu dalam ASEAN dengan mematuhi Konsensus Lima Perkara (5PC), kata bekas Menteri Luar Malaysia Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid, yang juga Pengerusi Kumpulan Penasihat Malaysia mengenai Myanmar, menegaskan bahawa jika junta mahu Myanmar kekal sebahagian daripada blok 10 anggota itu, mereka mesti mematuhi konsensus yang dipersetujui antara pemimpin ASEAN dan ketua Jen Junta Min Aung Hlaing pada April 2021.

“Pada masa ini, tiada rancangan kerja atau tindakan seumpamanya oleh junta bagi mengembalikan keadaan kepada normal. Mereka (junta) masih bertindak ganas terhadap orang yang menentang mereka dan masih melanggar hak asasi manusia dalam tindakan mereka terhadap pihak yang tidak menyokong mereka.

“Junta masih belum mengundurkan tentera dan tidak membenarkan agensi bantuan antarabangsa masuk untuk membantu. Keadaan sangat teruk di Myanmar,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Myanmar bergolak sejak 1 Feb 2021 apabila ketua angkatan tentera Jeneral Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pilihan rakyat yang dipimpin Aung San Suu Kyi dengan lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pergolakan itu.

Bertujuan membantu mencari perdamaian dan memulihkan keamanan di Myanmar, ASEAN telah bersetuju dengan 5-PC pada 24 April 2021, yang menyeru penamatan keganasan di Myanmar, perbincangan membina di kalangan semua pihak berkepentingan, mengadakan bantuan kemanusiaan, pelantikan duta khas ASEAN untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, dan utusan khas dibenarkan melawat negara itu.

Berikutan tiada kemajuan ketara dalam pelaksanaan 5PC oleh junta, mereka diketepikan daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan pada akhir Oktober lepas.

Dalam hal ini, Syed Hamid bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, bahawa ASEAN harus mengekalkan keputsan-nya untuk menjemput wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat ASEAN sehingga terdapat kemajuan ketara dalam melaksanakan konsensus.

Beliau berpendapat ASEAN harus berpegang pada pendiriannya sehing-ga Myanmar mengikut pendirian bersama kumpulan itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -