Thursday, May 8, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Junta tembak jatuh tujuh dron

    YANGON, 4 APRIL – Perkhidmatan keselamatan Myanmar menembak jatuh tujuh dron yang melintasi Naypyidaw, satu serangan yang jarang berlaku ke atas pusat kuasa junta itu, hari ini.

    Empat dron menghampiri lapangan terbang Naypyidaw dan tiga dron menghampiri perbandaran Zayarthiri di ibu negara “berjaya ditembak jatuh dan dimusnahkan”, kata pasukan maklumat junta dalam satu kenyataan.

    Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa berlaku, tambahnya.

    Lapangan terbang Naypyidaw ditutup buat sementara waktu selepas kejadian kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, menurut sumber di lapangan terbang itu, yang meminta namanya dirahsiakan.

    Mereka menambah bahawa salah satu dron yang ditembak jatuh itu membawa bom, yang telah dimatikan.

    Gambar Freepik

    Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh pasukan maklumat junta yang kononnya mengenai kejadian itu menunjukkan sebuah dron yang patah di atas tar dan sekeping serpihan di kawasan hutan.

    Media tempatan melaporkan bahawa kumpulan ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ (PDF) di kawasan itu mengaku ia telah melancarkan dron ke sasaran tentera di Naypyidaw tetapi kumpulan itu tidak dihubungi oleh AFP.

    Kumpulan penentang junta seperti PDF telah beralih kepada penggunaan dron komersial yang diubahsuai untuk menjatuhkan bom di kawasan tentera dengan kesan yang dahsyat.

    Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gelombang serangan ‘bom jatuh’ di seluruh Myanmar telah menyebabkan tentera junta kehilangan kedudukan, melanda lapangan terbang domestik dan membunuh seorang brigedier jeneral berhampiran sempadan China.

    Istilah ‘bom jatuh’ itu sering digunakan media yang dikawal junta, yang juga menggelar kumpulan PDF sebagai ‘pengganas’ oleh junta kerana menggunakannya dalam pertempuran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda