Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Junta tempah jet pejuang buatan Rusia – Pemerhati

    BANGKOK, 4 NOV – Tentera Myanmar mula membuat tempahan bagi jet pejuang buatan Rusia, menurut kumpulan pemerhati hari ini, penghantaran terkini dari Rusia ketika aktivis hak asasi manusia menuduh junta menyerang orang awam dengan serangan udara.

    Pada 2018, di bawah pemerintahan kerajaan awam Aung San Suu Kyi, tentera Myanmar membeli enam buah jet pejuang Sukhoi Su-30s dari Rusia, menurut laporan media Rusia.

    Data satelit, melaporkan pengintipan penerbangan dan sumber tertutup ‘kini dengan yakin mengesahkan’ ketibaan sekurang-kurangnya sebuah jet pejuang di ibu kota Naypyidaw, menurut saksi daripada kumpulan pemerhati.

    Ia tidak menyatakan sama ada jet itu akan digunakan untuk latihan atau untuk menjalankan misi aktif.

    Media tempatan sebelum ini melaporkan kira-kira empat hingga enam buat jet pejuang telah tiba di negara itu, diiringi dengan pelatih dan juruteknik dari Rusia.

    Pihak tentera tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai penjualan atau jumlah jet di Myanmar.

    Rusia merupakan pembekal senjata utama dan penyokong junta.

    Pada Oktober Jane’s Defence Weekly berkata ia menerima imej yang menunjukkan helikopter Kamov KA-29TB buatan Rusia gunakan dalam operasi di wilayah utara Sagaing.

    Helikopter itu dilihat sebagai salah sebuah daripada lima pembelian yang dipersetujui oleh tentera Myanmar pada awal tahun ini, menurut laporan Jane’s, memetik sumber perisikan serantau.

    Junta bergelut untuk menghancurkan kumpulan pemberontak sejak merampas kuasa tahun lalu.

    Pertempuran berlaku dengan kumpulan pemberontak etnik dan People’s Defence Forces, dan kumpulan hak asasi menuduh tentera melancarkan serangan udara ke atas awam yang dianggap sebagai jenayah perang.

    Bulan lalu, serangan udara ke atas kumpulan pemberontak etnik di utara membunuh kira-kira 50 orang, termasuk awam, menurut kenyataan kumpulan pemberontak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...