Tuesday, February 11, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurang berisiko tingkat kemiskinan negara membangun

    GANDHINAGAR, INDIA, 18 JULAI – Ketua baharu Bank Dunia berkata hari ini bahawa jurang yang semakin meningkat antara negara kaya dan miskin berisiko meningkatkan kemiskinan di negara membangun, semasa Mesyuarat Menteri Kewangan G20 di India.

    Banyak negara masih pulih daripada kesan berganda pandemik koronavirus dan akibat perang Rusia di Ukraine yang menjejas harga bahan api dan komoditi global.

    Sementara itu, perubahan iklim paling menjejaskan beberapa negara termiskin yang tidak mampu mengatasinya.

    Rundingan G20 diadakan selepas Rusia semalam enggan melanjutkan perjanjian membenarkan eksport bijirin kritikal Ukraine melalui Laut Hitam, sekali gus mencetuskan kemarahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang telah memberi amaran bahawa berjuta-juta orang termiskin di dunia akan ‘menanggung akibatnya’.

    “Kita hidup dalam masa yang sukar; saya perlu mengatakan Rusia semalam telah menarik diri daripada inisiatif Laut Hitam-Ukraine dan kami di sini membincangkan cara membantu negara yang mudah terjejas”, beritahu Ketua Bank Pusat Jerman, Joachim Nagel kepada AFP.

    Menteri Kewangan Afrika, Enoch Godongwana memberi amaran bahawa ia ‘kemungkinan memberi kesan kepada harga makanan, yang akan memberi kesan lebih besar kepada negara yang lebih miskin’.

    Presiden Bank Dunia, Ajay Banga berkata beliau bimbang kekurangan kemajuan berisiko memecahbelahkan ekonomi global. – AFP

    Ketua Bank Dunia, Ajay Banga bercakap semasa siding media Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan G20 di Mahatma Mandir di Gandhinagar kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda