Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurasek sertai Benfica hingga 2028

    PRAGUE, 11 JULAI – Pemain pertahanan Republik Czech, David Jurasek, telah menyertai pasukan juara Portugal, Benfica sehingga 2028, menurut kenyataan kelabnya, Slavia Prague, semalam.

    Akhbar harian Czech, Sport, melaporkan bahawa Benfica telah membayar 14 juta euro untuk pemain pertahanan kiri berusia 22 tahun itu.

    Benfica berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu, namun tersingkir di tangan pasukan naib juara, Inter Milan.

    “Saya tidak sabar,” kata Jurasek di laman web Slavia.

    “Saya telah mengikuti perkembangan Benfica dalam Liga Juara-Juara dan saya percaya kita boleh melangkah lebih jauh dari sana,” tambahnya.

    David Jurasek (kiri) dan pemain tengah Poland, Michal Skoras bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan kelayakan Kumpulan E UEFA Euro 2024 di Stadium Fortuna Arena di Prague, Republik Czech, pada 24 Mac. – AFP

    Benfica juga memenangi kejuaraan Portugal yang ke-38 pada Mei selepas tempoh kemarau empat tahun.

    “Selamat datang, Jurasek,” tulis satu tweet yang disiarkan oleh Benfica selepas penandatanganan kontrak.

    Jurasek telah bermain dalam tiga perlawanan antarabangsa dan menjadi pemain utama Republik Czech dalam ketiga-tiga perlawanan kelayakan Euro 2024 mereka.

    Pada bulan lalu, Benfica mengumumkan penandatanganan pemain tengah Turki Orkun Kokcu, dengan rekod bayaran tertinggi kelab sebanyak 25 juta euro dari Feyenoord. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda