Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Juri luluskan kes antimonopoli FTC terhadap Facebook

    CALIFORNIA, 12 JAN – Seorang hakim persekutuan telah memutuskan bahawa semakan semula saman antimonopoli Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan terhadap Meta, yang dahulunya dikenali sebagai Facebook, boleh diteruskan, menolak permintaan syarikat media sosial itu untuk menghentikan kes tersebut.

    Dalam aduan yang disemak semula yang difailkan Ogos lalu, FTC berhujah bahawa syarikat itu meneruskan strategi ‘beli atau kubur’ terhadap pesaing untuk menyekat persaingan. Ini adalah anti-monopoli kedua FTC dijalankan di syarikat tersebut.

    Seorang hakim persekutuan pada Jun lalu menolak tindakan undang-undang itu yang dikenakan ke atas Facebook oleh agensi tersebut dan pakatan luas peguam negara yang merupakan antara usaha berlipat ganda oleh pengawal selia persekutuan dan negeri untuk mengekang kuasa pasaran gergasi teknologi.

    FTC turut mencari cara untuk membabitkan perkhidmatan Instagram dan WhatsApp milik Facebook yang popular atau penstrukturan semula syarikat.

    Hakim daerah AS, James Boasberg, yang pada Jun lalu memutuskan bahawa tuntutan mahkamah asal FTC adalah “tidak mencukupi dari segi undang-undang” dan tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk membuktikan bahawa Facebook telah memonopoli, berkata dalam keputusan kelmarin bahawa aduan pertama sudah menunjukkan ia ‘sudah gagal dalam permulaan’. – AP

    Seorang hakim persekutuan telah memutuskan bahawa saman antimonopoli Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan yang disemak semula terhadap Meta, boleh diteruskan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...