Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Juri tolak dakwaan autopilot Tesla punca nahas maut 2019

    SAN FRANCISCO, 1 NOV – Juri California kelmarin menolak dakwaan bahawa kereta Tesla yang terlibat dalam kemalangan maut 2019 mempunyai kecacatan pengeluar dalam ciri pandu kendiri ‘Autopilot’, menurut jurucakap mahkamah.

    Saman sivil itu mendakwa Tesla mengamalkan ‘sikap melulu dan cuai’ selepas insiden berkelajuan tinggi berhampiran Los Angeles, di mana sebuah Tesla Model 3 merempuh pokok palma dan terbakar. Pemandu itu kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya, manakala dua penumpang lain turut cedera.

    Tuntutan itu menyalahkan Autopilot dan ciri keselamatan kereta itu.

    Tesla sepatutnya tahu bahawa teknologi itu belum bersedia untuk pasaran, namun syarikat itu ‘dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk mengiklankan, membentangkan, dan mengekalkannya seolah-olah ia sudah bersedia’, dakwa tuntutan tersebut.

    “Walaupun kami menyatakan kekecewaan terhadap keputusan itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa perhatian umum kini tertumpu kepada perkara yang mendesak ini,” kata peguam plaintif, Jonathan Michaels dari MLG Attorneys at Law, ketika dihubungi AFP mengenai keputusan itu.

    Tesla tidak segera memberikan respons kepada permintaan untuk ulasan. – AFP

    Sebuah stesen pengecas Tesla dilihat di Woodstock, Georgia pada 28 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...