Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurucakap ketua PBB positif COVID-19

    NEW YORK, 16 DIS – Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, Stephane Dujarric hari ini mengesahkan beliau positif bagi COVID-19 dan akan mematuhi garis panduan perubatan dengan menjalani kuarantin kendiri, lapor Xinhua.

    “Saya ingin memaklumkan bahawa awal hari ini sebagai sebahagian daripada ujian rutin untuk kerja, saya menerima keputusan positif untuk ujian PCR COVID-19. Saya berhubung rapat dengan Perkhidmatan Perubatan PBB dan akan mengasingkan diri mengikut garis panduan perubatan,” kata Dujarric dalam e-mel kepada wartawan PBB.

    Dujarric yang menerima vaksin lengkap serta suntikan penggalak berkata meskipun mengalami gejala ‘sangat tidak ketara’, beliau bercadang untuk terus bekerja dari rumah.

    “Sebagai langkah berjaga-jaga, pejabat jurucakap akan beroperasi secara maya sehingga akhir minggu ini,” tambahnya.

    Pada sebelah petang, Dujarric menghantar satu lagi e-mel kepada wartawan PBB, mengatakan Setiausaha Agung akan mengadakan sidang media secara maya pada petang Khamis.

    Beliau menjalani kuarantin kendiri selama seminggu selepas menjadi kontak rapat seseorang yang disahkan positif dan setiausaha agung disahkan negatif hari ini,” kata jurucakap itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda