Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jurugambar Anadolu hilang 47 ahli keluarga

    BANDARAYA GAZA, 23 NOV – Seorang jurugambar bebas untuk Agensi Berita Anadolu (AA) Montaser Al-Sawwaf berkongsi pengalaman pahitnya bagaimana beliau cedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan Al-Tuffah.

    Serangan itu turut meragut nyawa 47 orang ahli keluarganya sementara yang lain masih terperangkap di bawah runtuhan.

    “Pada malam Jumaat lepas, pesawat pejuang Israel mengebom rumah keluarga saya, mengakibatkan ia musnah sepenuhnya dan ketika itu keluarga saya berada di dalam rumah.

    “Pengeboman itu mengakibatkan saya kehilangan ibu bapa, dua orang abang, beberapa orang anak mereka dan sepupu. Muka saya turut mengalami kecederaan,” kata Montaser.

    Montaser berkata serangan udara itu turut menyebabkan kecederaan pada mata dan sedang bergelut untuk mencari doktor mata di Gaza. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...