Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurujual sebar virus, tiga juta kena sekatan

    BEIJING, 18 JAN – Hampir tiga juta penduduk China telah dikenakan perintah berkurung hari ini selepas peningkatan dalam kes koronavirus yang berkaitan dengan seorang jurujual di timur laut negara itu.

    Walaupun sebahagian besarnya China berjaya mengawal virus terbabit, pertambahan mendadak dalam kes jangkitan beberapa minggu kebelakangan telah mencetuskan perintah berkurung baharu, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran.

    Hari ini, tiga juta penduduk di dua bandar wilayah Jilin ditempatkan di bawah langkah baharu, ketika China melaporkan 109 jangkitan terkini.

    Lebih 19 juta penduduk di seluruh timur laut China kini ditegah daripada meninggalkan rumah dengan beberapa kes hanya boleh memohon kebenaran pergi membeli-belah sekali dalam masa tiga hari.

    Pihak berkuasa telah mengesan lebih ratusan jangkitan di wilayah Jilin daripada seorang jurujual yang tidak bergejala dari wilayah jiran Heilongjiang.

    Jurujual itu telah mengembara ke dua buah bandar berlainan yang kini ditutup untuk memberi bengkel kesihatan kepada penduduk pertengahan usia dan warga emas, menurut para pegawai tempatan.

    Satu siasatan telah dilancarkan ke atas pusat penjagaan kesihatan yang mengadakan bengkel itu dalam memastikan sama ada operasi mereka melibatkan aktiviti perniagaan tidak sah. – AFP

    Anggota pasukan disinfektan sedia untuk bertugas di jalan Bandar Suihua, wilayah Heilongjiang, China pada 18 Januari. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda