Jurulatih, atlet guna pembelajaran maya

KUALA NERUS, 10 APRIL – Kaedah secara maya kini menjadi pilihan guru dan pelajar bagi memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan dalam tempoh Perintah Sekatan Pergerakan (PKP).

Tidak terkecuali ialah jurulatih dan atlet di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) yang menjadikan platform digital seperti ‘Google Classroom’, Telegram dan Facebook untuk saling berhubung serta meneruskan latihan sukan di kediaman masing-masing.

Pengetuanya, Huszaidi Hussin berkata kaedah itu adalah inisiatif terbaik bagi memastikan atlet terus berdisiplin dan meneruskan latihan sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, jurulatih biasanya akan menyediakan jadual latihan khusus untuk atlet mengikut aspek kecergasan dan peningkatan kemahiran dalam bidang masing-masing.

“Atlet pelajar dikehendaki membuat latihan di rumah mengikut jadual serta modul latihan khas dan sebagai bukti, mereka perlu mengisi ‘Foogle Form’ untuk memastikan semuanya berjalan baik dan lancar.” – Bernama