Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurulatih B-20 Brazil dipecat

    RIO DE JANEIRO, 21 Feb – Konfederasi Bolasepak Brazil telah memecat jurulatih yang membimbing Neymar dan rakan-rakannya meraih pingat emas bola sepak Olimpik pertama Selecao di Rio de Janeiro.

    Jurucakap konfederasi Gregorio Fernandes kelmarin mengesahkan bahawa jurulatih belia Rogerio Micale telah dipecat selepas Brazil gagal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 20 yang akan datang.

    Dalam sembilan perlawanan pada Kejohanan B-20 Amerika Selatan, Brazil yang hanya menang tiga kali, empat kali seri dan tewas dua kali selesai pada kedudukan kelima.

    Micale bermula dengan B-20 Brazil pada 2015, tidak lama sebelum Piala Dunia B-20 berlangsung di New Zealand, di mana Brazil tewas pada final kepada Serbia.

    Selepas Dunga dipecat sebagai jurulatih pada Jun 2016, Micale mengambil alih pasukan Olimpik Brazil.

    Kontrak Micale baru-baru ini telah dilanjutkan sehingga Sukan Olimpik 2020 dan pengganti beliau belum lagi dinamakan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda