Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Tiga belas jurulatih yang telah mengikuti Kursus Pengajar Jurulatih NFABD menerima sijil masing-masing di Dewan Serbaguna Rumah NFABD, hari ini.
Kursus ini bertujuan untuk membangun pendidik dan jurulatih yang berpotensi dalam Persatuan Bola Sepak Daerah untuk meneruskan pendidikan jurulatih dan menjadi jurulatih yang lebih layak serta meningkatkan kredibiliti jurulatih yang dapat menambah nilai dalam membangun kelab-kelab di Brunei, di samping itu memberi pendedahan kepada pemain serta satu pengenalan dan pembangunan pelatih baharu di Brunei.
Kursus ini juga untuk membina mentor yang berpotensi yang mempunyai keyakinan untuk menjadi seorang jurulatih di kelab, satu pujian kepada kejurulatihan di Brunei oleh tenaga kerja pembangun jurulatih; untuk membantu mengembangkan permainan dengan mempunyai lebih banyak jurulatih yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan Mandat Kejurulatihan Konvensyen FIFA AFC.
Kursus lima hari, yang dikendalikan oleh Paul Thomas Smalley, meliputi pelbagai topik termasuk skim bimbingan dan pendidikan jurulatih NFABD serta hasil pembelajaran.
Peserta yang menghadiri kursus pendidik memegang sama ada lesen sijil A atau B.

“Saya sangat gembira dapat peluang ini untuk membantu memajukan bola sepak Brunei menerusi pejabat NFABD,” kata Pengurus Liga Belia NFABD, Haji Omar bin Jamil.
“Untuk menghasilkan jurulatih yang berkesan terutama di peringkat akar umbi adalah menjadi keutamaan. Anak-anak mesti diajar kemahiran yang betul agar ia menjadi lebih berkesan.”
Beliau menambah, “Perkara terburuk yang boleh berlaku dalam bola sepak adalah apabila ada alasan anak yang sangat berbakat tidak diajar dengan baik di peringkat asas ia mungkin boleh memusnahkan masa depannya.
“Dengan memastikan bahawa jurulatih mengajar mengikut amalan terbaik FIFA dan AFC, NFABD telah mengambil langkah besar.
“Semoga semua pelatih yang menghadiri kursus ini akan meneruskan apa yang telah mereka pelajari dan menyampaikan kepada bola sepak di Brunei.”
Keperluan untuk mempunyai jurulatih bola sepak yang berkualiti dan berdedikasi untuk membantu perkembangan bola sepak Brunei juga turut diketengahkan.
Turut menghadiri acara tersebut ialah Presiden NFABD Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.