ZAGREB, CROATIA, 26 JUN – Bekas juara Wimbledon, Goran Ivanisevic, yang kini menjadi jurulatih Novak Djokovic yang menghadiri siri kejohanan persahabatan di Serbia dan Croatia pada baru-baru ini, mengatakan semalam bahawa dia telah disahkan positif COVID-19.
Ivanisevic, yang memenangi satu-satunya gelaran Grand Slam di All England Club pada tahun 2001, memberitahu di Instagramnya bahawa dia disahkan positif setelah menjalani dua ujian COVID-19 dengan keputusan negatif dalam 10 hari terakhir.
“Saya ingin memberitahu semua orang yang telah yang mempunyai hubungan kontak dengan saya bahawa saya disahkan positif dan meminta mereka untuk sentiasa menjaga diri mereka dan orang yang mereka sayangi,” kata Ivanisevic.
“Saya akan terus melakukan pengasingan diri seperti yang telah saya lakukan sekarang.”
Ivanisevic mengatakan dia tidak mempunyai sebarang simptom gejala jangkitan, menghadiri di perlawanan Jelajah Adria, sebuah acara amal yang dihoskan oleh Djokovic di Belgrade dan di resort Adriatic, Zadar di Croatia.
Empat pemain dari acara tersebut, termasuk Djokovic dan isterinya telah disahkan positif. Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki semuanya dijangkiti COVID-19.
Ribuan penonton menghadiri pertandingan itu di Belgrade dan Zadar dan tiada kawalan ketat bagi penjarakan sosial. Dominic Thiem, memenangi acara pembukaan di Belgrade pada 14 Jun, mengatakan semalam dia disahkan negatif setelah lima kali menjalani ujian.
Final di Croatia dibatalkan dan perlawanan seterusnya di negara lain juga dibatalkan. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-24-B_27062020-1.jpg)