Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurumudi kapal kargo didakwa tertidur semasa bertugas

    OSLO, 26 MEI – Pendakwa Raya Norway telah mendakwa pengemudi kapal kargo selepas dia dituduh tertidur semasa bertugas dan menyebabkan kapal itu terkandas, hampir merempuh sebuah rumah.

    Kapal itu, NCL Salten, terkandas sejurus sebelum jam 6 pagi Khamis lalu. Tiada tumpahan minyak dilaporkan dan tiada seorang pun daripada 16 kru di atas kapal itu yang cedera.

    Johan Helberg berkata kepada penyiar Norway, NRK, dia telah tidur sepanjang hari dan hanya terjaga apabila jirannya mula membunyikan loceng pintunya. Imej menunjukkan haluan kapal merah dan hijau itu hanya beberapa meter dari rumah Helberg di sepanjang pantai Trondheim Fjord.

    Jurumudi yang bertugas adalah pegawai kedua kapal itu, kata Pendakwa Raya, Kjetil Bruland Sorensen, dalam satu kenyataan. Dia didakwa atas kesalahan mengemudi secara cuai, akan tetapi namanya tidak didedahkan kepada umum.

    Anggota kru kapal hari ini terus mengambil kontena dari kapal itu supaya ia boleh dikeluarkan dengan lebih mudah dari kawasan tersebut. – AP

    Gambar menunjukkan Helberg dan NCL Salten di Trondheimsfjord berhampiran Trondheim, Norway, pada 22 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda