Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jururawat bakar pejabat akibat takut dipecat

    10 tahunHOUSTON, 4 April 2007 – Seorang jururawat vokasional yang takut dipecat kerana tidak menyempurnakan audit mengakui memulakan kebakaran di pejabat yang membunuh tiga orang dan mencederakan enam yang lain, kata pihak berkuasa.

    Misty Ann Weaver, 34, didakwa dengan tiga kesalahan bunuh dan satu kesalahan bakar. Kebakaran pada 28 Mac merebak di tingkat lima bangunan enam tingkat.

    Weaver memulakan kebakaran itu kerana dia tidak menyiapkan audit yang patut dihantar kepada bosnya, pakar bedah, menurut pihak berkuasa lagi.

    “Dia takut dipecat oleh doktor itu,” kata penyiasat Jabatan Bomba Houston, James Snowden.

    “Oleh itu, dia beranggapan dengan memulakan kebakaran kecil, ia akan menangguhkan penyerahan audit itu.”

    Penyiasat tidak mengatakan bagaimana Weaver didakwa memulakan kebakaran itu. Tiga anggota bomba adalah antara yang cedera dalam kebakaran itu. Seorang jururawat cedera di kaki selepas bahagian atap bangunan itu jatuh menimpannya.

    Antara mangsa yang terkorban ialah Jeanette Hargrove, 52, Marvin Wells Sr., 46, paderi tempatan dan Shana Ellis, 38.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda