TOKYO, 9 NOV – Bekas jururawat yang membunuh tiga orang pesakit dengan mencemarkan titisan intravena mereka dengan disinfektan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Jepun hari ini, menurut media tempatan.
Semasa perbicaraan, Ayumi Kuboki, 34, mengaku membunuh pesakit berusia 70 dan 80an lima tahun lalu, dalam satu kes yang mengejutkan Jepun.
Dia sebelumnya memberitahu polis bahawa dia mungkin telah membunuh 20 orang dalam masa dua bulan, tetapi memberitahu pendakwa raya kemudiannya bahawa dia tidak mahu mengulas perkara itu semasa perbicaraan dijalankan.
Hakim di mahkamah daerah Yokohama mengatakan dia mempertimbangkan memberikan hukuman mati ke atas Kuboki, lapor penyiar awam, NHK.
“Dia mengatakan dia menyesali tindakannya dan mahu membayar jenayahnya. Terdapat peluang yang dia akan berubah dan saya teragak-agak memilih hukuman mati,” kata hakim itu. – AFP