ATHENS, 18 OGOS – Seorang jururawat British hari ini didapati bersalah atas tuduhan membunuh tujuh anak damit yang baru lahir dan cuba membunuh enam yang lain di unit neonatal hospital tempat dia bekerja dengan anak damit pramatang.
Lucy Letby, 33, yang telah dibicarakan sejak Oktober lalu, dituduh menyuntik mangsa-mangsa kecilnya dengan udara, memberi minum susu secara berlebihan dan meracuni mereka dengan insulin.
Juri di Mahkamah Agung Manchester di utara England mencapai keputusannya selepas berbincang selama 22 hari.
Letby ditahan berikutan beberapa kematian anak damit di unit neonatal Hospital Countess of Chester di barat laut England antara Jun 2015 dan Jun 2016.
Digambarkan oleh pihak pendakwaan sebagai wanita ‘licik’ yang menggunakan kaedah pembunuhan yang tidak meninggalkan kesan, Letby telah berulang kali menafikan membahayakan kanak-kanak tersebut. – AFP


