Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jururawat mogok di Australia

    SYDNEY, 1 SEPT – Jururawat di negeri yang mempunyai paling ramai penduduk di Australia mengadakan mogok hari ini, menuntut keadaan yang lebih baik selepas tiga tahun berada di barisan hadapan memerangi krisis COVID.

    Mogok 24 jam itu merupakan mogok ketiga di seluruh negeri oleh jururawat dan bidan pada tahun ini, dan diadakan ketika ketegangan di antara pekerja penting dan kerajaan New South Wales mencecah tahap genting.

    Kesatuan telah menggesa nisbah pesakit yang seimbang dengan jururawat, mengingatkan penjagaan telah terjejas disebabkan terdapat terlalu ramai orang yang mengunjungi hospital meminta bantuan dan terlalu kurang kakitangan bekerja di wad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda