Jururawat pembunuh bersiri dipenjara seumur hidup

WASHINGTON, 12 MEI – Seorang jururawat Amerika Syarikat (AS) semalam, dipenjara seumur hidup atas kesalahan pembunuhan tujuh veteran tentera menggunakan dos insulin ketika berada di bawah jagaannya di sebuah hospital.

“Tiada penjelasan dan tentunya tidak ada justifikasi’, anda paling teruk, kamu adalah raksasa yang tidak disangka,” kata hakim Thomas Kleeh dalam penghakimannya kepada Reta Mays.

Mays, 46, mengaku bersalah membunuh tujuh orang dan cuba membunuh seorang lelaki Julai tahun lalu, mengelak perbicaraan dan siasatan penuh terhadap puluhan kematian mencurigakan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakannya, ketika prosiding dijalankan julung kalinya di hadapan waris mangsa semalam.

“Tiada apa dapat saya jelaskan kepada waris mangsa. Saya hanya ingin minta maaf atas tindakan saya,” katanya.

Peguamnya berkata, beliau tidak ‘berfikir secara waras’ ​​kerana masalah kesihatan mental, termasuk trauma berkaitan penempatan ke Iraq serta pekerjaannya sebagai jururawat malam di hospital veteran tentera Virginia Barat.

Mays mengaku memberi insulin kepada mangsa berusia 81 hingga 96 tahun, yang tidak memerlukannya, antara Julai 2017 hingga Jun 2018.

Hormon digunakan untuk merawat diabetes, berbahaya bagi orang tidak menghidap penyakit berkenaan kerana ia menurunkan kadar glukosa dalam darah dan boleh menyebabkan koma dan kematian.

Kematian pesakit awalnya kelihatan semula jadi, tetapi akhirnya doktor mengenal pasti puncanya. Siasatan kemudian dibuka dan beberapa mangsa didedahkan menerusi bedah siasat. – AFP

Gambar fail pada 14 Julai 2020 dari Penjara Wilayah Virginia Barat menunjukkan Reta Mays bekas pembantu jururawat di Pusat Perubatan Louis A. Johnson VA di Clarksburg, W.V dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. – AP