Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Jururawat UK adakan mogok bulan depan

LONDON, 25 NOV – Jururawat seluruh Britain akan mengadakan mogok yang pertama dalam sejarah 106 tahun kesatuan mereka bulan depan, apabila menyertai kakitangan sektor lain untuk mengambil tindakan perindustrian menuntut gaji lebih baik.

Kakitangan di England, Wales dan Ireland Utara kecuali Scotland akan mengadakan mogok itu pada 15 dan 20 Disember ini selepas Kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja (RCN) memaklumkan kerajaan menolak tawaran rundingan. Ia adalah tindakan perindustrian terbaharu di Britain, berikutan kadar inflasi tinggi berdekad-dekad dan krisis kos sara hidup mendorong kakitangan dalam pelbagai sektor menuntut kenaikan gaji untuk menghadapi lonjakan harga.

Pengarah RCN England, Patricia Marquis meminta maaf kepada pesakit yang akan dibatalkan pembedahan atau rawatan, sambil menjelaskan mogok itu dilakukan sebagai pembelaan nasib jururawat dan juga kritikal untuk pesakit.

Mogok oleh jururawat itu dijadual diadakan di antara mogok dua hari membabitkan pekerja kereta api nasional, sementara kakitangan perkhidmatan pos akan melakukan pemberhentian tugas menjelang Krismas dan banyak sektor swasta dan awam turut melakukan tindakan sama.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan berkata, ‘lebih setengah juta hari bekerja’ hilang akibat mogok pada Ogos dan September lalu, iaitu jumlah tertinggi dua bulan selama lebih daripada satu dekad. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -