Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurutera Australia cipta peranti bantuan jantung baharu

    MELBOURNE, 11 NOV – Sekumpulan jurutera Australia sedang membangunkan peranti bantuan jantung berteknologi baharu, yang berpotensi mengubah pendekatan rawatan pesakit gagal jantung dengan fraksi ejeksi terpelihara (HFpEF) dan kini mewakili hampir separuh daripada 64 juta kes kegagalan jantung di seluruh dunia.

    Menurut kenyataan Universiti Monash hari ini, penyelidikan terbaharu menunjukkan, reka bentuk semula peranti itu berpotensi memberi harapan baharu kepada pesakit HFpEF, yang ketika ini tidak mempunyai pilihan rawatan berkesan selain ubat-ubatan atau penjagaan paliatif.

    Kajian itu mencadangkan reka bentuk pam jantung inovatif yang mampu menangani cabaran unik HFpEF dengan meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan ke atas jantung. – Bernama

    Peranti bantuan jantung berteknologi baharu, yang berpotensi mengubah pendekatan rawatan pesakit gagal jantung dengan HFpEF. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda