Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jurutera Jerman naiki pesawat China diuji positif COVID-19

    BEIJING, 31 MEI – Seorang jurutera Jerman dalam penerbangan pertama yang membawa pulang pekerja Eropah ke China telah diuji positif dijangkiti koronavirus sebagai pembawa tidak bergejala, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Lelaki itu menaiki pesawat Lufthansa dari Frankfurt ke bandar timur laut Tianjin yang mendarat dengan kira-kira 200 penumpang, terutamanya pekerja Jerman dan keluarga mereka.

    Pihak berkuasa Tianjin berkata dalam satu kenyataan di media sosial hari ini bahawa jurutera berusia 34 tahun itu telah diuji positif, walaupun beliau mempunyai suhu tetap dan tidak melaporkan gejala.

    Beliau telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan untuk pemantauan.

    Semua penumpang diuji untuk koronavirus selepas mendarat dan perlu dikuarantin selama dua minggu.

    Jurutera itu ialah seorang daripada tiga pembawa tanpa gejala koronavirus baharu yang dilaporkan hari ini, dengan dua merupakan kes domestik.

    Negara itu tidak melaporkan kematian baharu dalam beberapa minggu ini, dengan jumlah kematian kekal pada 4,634. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda