Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang, 2 pekerja Australia diculik

    PORT MORESBY, 26 FEB – Seorang juruterbang helikopter Australia dan dua pekerja lain telah diculik di tanah tinggi Papua New Guinea (PNG), kata ketua polis negara itu, hari ini.

    “Kami memberi tumpuan untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” kata Pesuruhjaya Polis, David Manning, mengesahkan kerakyatan juruterbang dan menambah polis sedang bertindak balas terhadap insiden itu.

    Juruterbang dan dua yang lain dipercayai pekerja telekom telah dibawa berhampiran Gunung Sisa, di tengah Wilayah Hela.

    Perdana Menteri, James Marape, memberitahu AFP ‘Pesuruhjaya Tinggi Australia telah dimaklumkan mengenai perkara ini.’

    Polis ‘sedang menguruskan perkara ini dengan pasukan pertahanan kami (sedang) bergerak ke kawasan itu.’ tambahnya. – AFP

    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda