WASHINGTON, 6 JUN – Juruterbang pesawat kecil yang menarik perhatian Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dekat Washington semalam dilaporkan pengsan di tempat duduknya ketika masih dalam penerbangan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pesawat awam Cessna 560 Citation V, yang berlepas dari bandar Tennessee, Elizabethton, terhempas di selatan ibu negara AS, mengorbankan empat orang di dalamnya.
Hari ini, media tempatan termasuk penyiar CNN, melaporkan bahawa juruterbang Tentera Udara AS ternampak juruterbang itu dalam keadaan tidak sedar diri, memetik sumber tidak dinamakan yang biasa dengan kejadian itu.
Penyiasat nahas kini mengkaji kekurangan oksigen sebagai kemungkinan punca nahas itu. – Bernama