Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang cedera parah selepas pesawat F-35 terhempas

    WASHINGTON, 29 MEI – Seorang juruterbang terselamat daripada kemalangan versi pembangunan pesawat pejuang F-35 tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque pada petang kelmarin, lapor United Press International (UPI).

    Lockheed Martin menerbangkan pesawat itu ke Pangkalan Tentera Udara Edwards di California Selatan, tetapi pesawat tersebut terhempas di bahagian selatan lapangan terbang.

    Pesawat itu terbakar, namun api telah dipadamkan oleh anggota bomba tempatan.

    Juruterbang keluar menggunakan ejektor dari pesawat dan sedar apabila pasukan tindak balas kecemasan tiba dan membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan.

    Pasukan penyelamat juga merawat dua orang awam yang mengalami kecederaan ringan selepas serpihan melintasi jalan dan mengenai mereka.

    Punca kemalangan itu tidak dilaporkan tetapi didakwa melibatkan sebuah pesawat dari Pangkalan Tentera Udara Kirtland. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda