Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang Japan Airlines mabuk, tiga penerbangan tertunda

    TOKYO, 10 SEPT – Japan Airlines (JAL) semalam membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang juruterbang mabuk menyebabkan kelewatan tiga penerbangan, sekali gus diberikan amaran keras kedua daripada Kementerian Pengangkutan dalam tempoh kurang setahun.

    Presiden JAL, Mitsuko Tottori, mengadakan sidang akhbar bagi memohon maaf berhubung insiden pada 28 Ogos lalu, apabila seorang juruterbang minum terlalu banyak di Hawaii dan tidak dapat mengendalikan penerbangan ke Nagoya pada keesokan harinya.

    Insiden itu menyebabkan tiga penerbangan JAL tertunda, termasuk satu yang ditangguhkan sehingga 18 jam.

    Pada hari sama, kementerian turut memanggil Ketua Pegawai Keselamatan JAL, Yukio Nakagawa, yang tunduk malu di hadapan wartawan ketika menerima amaran bertulis baharu daripada seorang pegawai kanan.

    Pada Disember lalu, JAL telah mengharamkan semua penggunaan alkohol dalam kalangan kru penerbangan semasa bermalam ketika bertugas, selepas dua juruterbang minum berlebihan sebelum penerbangan dari Melbourne ke Narita. Kejadian itu menyebabkan kelewatan tiga jam kerana mereka cuba menutup penggunaan alkohol tersebut, dan syarikat berkenaan diberi amaran. – AFP

    Presiden Japan Airlines, Mitsuko Tottori (kanan), memohon maaf pada satu sidang akhbar selepas menerima surat amaran keras berhubung insiden tersebut, di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda