HOUSTON, 26 April – Seorang juruterbang terbunuh kelmarin selepas pesawat kecil itu terhempas berhampiran Huntsville, sebuah bandar di bahagian timur Amerika Syarikat (AS) di Texas.
Pesawat Cessna 421 yang memiliki dua enjin itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Houston, melanggar sebuah pokok dan kemudian terbakar sebelum terhempas ke dalam sebuah kolam berhampiran Huntsville sekitar 10:30 waktu tempatan, menurut Jabatan Keselamatan Awam Texas (DPS).
Pesawat itu ditemui terbalik di dalam air dan anggota juruterbang itu ditemui sejam kemudian oleh penyelam dari lokasi kemalangan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) juga mengesahkan kejadian itu, berkata bahawa juruterbang itu melaporkan berlakunya masalah pada bahagian minyak dan kebakaran sebelum kemalangan pesawat itu terhempas.
Punca sebenar kemalangan pesawat sedang disiasat. – Xinhua