SEOUL, 11 JAN – Seorang juruterbang Tentera Udara Korea Selatan maut dalam satu nahas jet pejuang F-5, hari ini, kata pegawai, seminggu selepas negara itu menghentikan penggunaan jet pejuang F-35.
Jet tersebut terhempas di atas gunung di Hwaseong, kira-kira 50 kilometer ke selatan Seoul, menurut pihak berkuasa tentera. Juruterbang pesawat yang mengendali berseorangan gagal menggunakan kerusi anjal untuk keluar dan terbunuh dalam nahas itu, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.
Tentera udara berkata, mereka sedang menyiasat punca kemalangan. – AFP