Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang maut pesawat kargo terhempas di Papua

    JAKARTA, 25 OKT – Sebuah pesawat kargo terhempas di lapangan terbang di daerah Puncak, wilayah Papua timur Indonesia pada Isnin, mengorbankan juruterbang dan mencederakan pembantu juruterbang, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia Adita Irawati kepada Xinhua.

    Nahas berlaku ketika pesawat ringan kendalian PT Smart Cakrawala Aviasi itu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru di daerah berkenaan. 

    “Juruterbang meninggal dunia ketika dikejarkan ke klinik kesihatan dan pembantu juruterbang mengalami kecederaan,” kata Irawati. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda