Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang maut, pesawat terhempas

    MADRID, 26 OGOS – Seorang pengajar pesawat penerbangan tentera dianggap terkorban selepas pesawatnya terhempas di laut luar pantai tenggara Sepanyol, kata angkatan udara hari ini.

    C-101 – pesawat sama yang digunakan oleh pasukan akrobatik Eagle Patrol angkatan udara Sepanyol – dalam ‘latihan penerbangan’ apabila ia terhempas dekat resort La Manga, kata kementerian pertahanan.

    Seorang pengajar penerbangan yang berada di dalamnya ‘berjaya melentingkan diri sebelum pesawat itu terhempas di sekitar laut’.

    Namun satu catatan dalam Twitter, pasukan udara berkata, “segalanya menunjukkan rakan kami..telah terkorban,” berkata ‘mayat’ telah ditemui yang perlu diperiksa oleh forensik.

    Perkhidmatan kecemasan berkata misi pencarian dan menyelamat telah ditubuhkan melibatkan pasukan udara, laut, bomba dan pengawal keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda