Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang maut selepas pesawat pejuang F-16 terhempas

    LONDON, 29 OGOS – Seorang juruterbang terbunuh kelmarin apabila sebuah pesawat pejuang F-16 terhempas di tengah Poland, lapor agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan media tempatan.

    Pesawat pejuang F-16 milik Poland itu terhempas semasa penerbangan latihan menjelang Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom 2025, lapor TVP World yang memetik sumber rasmi.

    Kemalangan itu, nahas pertama melibatkan pesawat F-16 dalam sejarah penerbangan negara berkenaan, berlaku sekitar 7:25 malam waktu tempatan semasa penerbangan latihan pasukan pertunjukan udara F-16 Tiger Demo Tentera Udara Poland.

    Juruterbang itu terkorban, menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, yang telah ke lokasi kejadian dan memberi taklimat kepada Perdana Menteri Donald Tusk.

    “‘… ini adalah satu kehilangan besar bagi Tentera Udara dan seluruh Tentera Poland,'” kata Kosiniak-Kamysz di platform X.

    Pertunjukan Udara Antarabangsa Radom, yang dijadualkan berlangsung dari 30 hingga 31 Ogos, telah dibatalkan akibat nahas itu, menurut laporan. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 12 Oktober 2022 menunjukkan sebuah pesawat pejuang F 16 mengambil bahagian dalam latihan Perisai Udara NATO berhampiran pangkalan udara di Lask, tengah Poland. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda