Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang maut selepas pesawat ringan terhempas di Jerman

    DORTMUND, 5 MAC – Seorang juruterbang maut selepas pesawat kendaliannya terhempas di bandar Plettenberg, Jerman kelmairn, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Jurucakap polis berkata pesawat ringan itu terhempas di taman sebuah rumah kediaman sekitar 4:42 petang dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan. Bangkai pesawat ditemukan di celah pokok dalam kawasan semak.

    Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat Persekutuan kini mengambil alih siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pendaftaran pesawat belum diperoleh. Berdasarkan siasatan awal, tiada mangsa lain yang terlibat dalam nahas itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda