Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Juruterbang PAF mulakan latihan simulasi S-70i Black Hawk di Brunei

    Gambar serahan Kedutaan Republik Filipina di Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Latihan Simulasi Pesawat S-70i Black Hawk 2022 bagi juruterbang-juruterbang Tentera Udara Filipina (PAF) telah dilancarkan pada 29 Ogos lalu di Pusat Latihan Pelbagai Guna Brunei, Canadian Aviation Electronics (CAE-BMPTC).

    Pelancarannya telah dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R Tirol-Ignacio; Atase Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Filipina, Kolonel Angelo Gerard P. Ariles; Pegawai Memerintah Cawangan No. 1 (Operasi), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Lt. Kol (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie dan Pengurus Besar CAE-BMPTC, Awang Rozman bin Junaidi.

    Puan Yang Terutama dalam ucapannya berkata, latihan tersebut merupakan peristiwa penting dalam hubungan pertahanan dua hala Filipina dengan Brunei.

    Meskipun dengan kerjasama pertahanan yang kukuh dan dinamik antara kedua-dua negara, program itu merupakan pilihan praktikal bagi latihan S-70i Black Hawk kerana juruterbang-juruterbang PAF tidak perlu pergi ke luar dari rantau ASEAN.

    “Ia membuka lebih banyak peluang bagi juruterbang-juruterbang PAF dan membolehkan lebih banyak interaksi dan pertukaran angkatan bersenjata kedua-dua buah negara,” tambah beliau.

    Kumpulan pertama anggota PAF telah tiba di Brunei dari Manila pada 6 Ogos lalu, dan latihan simulator berkenaan akan dilaksanakan dalam 14 kumpulan yang bakal berakhir pada 19 November. Tahun lalu, PAF telah membawakan 11 juruterbang ke Brunei untuk menjalani latihan serupa.

    Kenyataan menyatakan, latihan juruterbang PAF di Brunei bukan saja berkesan kos disebabkan jaraknya yang dekat dengan negara ini, malah demonstrasi baik mengenai perkongsian serantau dengan rakan negara anggota ASEAN.

    Di bawah kontrak, kumpulan-kumpulan juruterbang PAF berikutanya akan menyertai program berkenaan dalam masa beberapa tahun akan datang.

    Sebagai sebahagian daripada Program Pemodenan Filipina, PAF secara berterusan memperoleh helikopter utiliti tempur (CUH) S-70i Black Hawk yang boleh cepat dikonfigurasi dan dikerahkan untuk melaksanakan pelbagai misi ketenteraan dan kemanusiaan.

    PYT Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio bergambar ramai bersama Kolonel Ariles, Awang Rozman dan Lt. Kol (U)
    Muhammad Walee.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...